In the News

Trinity, PPC bangunkan Bukit Jalil

Misc - Monday, 27 February 2012

 

Pemaju bersepadu Trinity Group Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan Putra Perdana Construction Sdn. Bhd. (PPC) untuk membangunkan projek pembangunan hartanah terbaru, The Z Residence, di Bukit Jalil.

Projek The Z Residence terdiri daripada empat blok kondominium mewah 26 dan 27 tingkat dan menyediakan para pembeli dengan ciri-ciri eksklusif seperti taman terapung, kolam infiniti dan lounge terbuka di setiap menara.

"Melalui gabungan tenaga dengan Trinity Group, kami berhasrat untuk menunaikan misi kumpulan dalam memperhalusi konsep kehidupan mewah," kata Ketua Pegawai Eksekutif PPC, Cheah Ham Cheia dalam satu kenyataan hari ini.

Projek The Z Residence telah dilancarkan dan mendapat kadar pengambilan sehingga 50 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama pelancarannya dan setakat ini, lebih 85 peratus jualan telah dicapai.

Share this