In the News

Trinity: The Z-Residence dapat sambutan

Utusan Malaysia - Monday, 15 August 2011

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Trinity Group Sdn. Bhd., telah melancarkan projek kondominium mewah terbaharunya, The Z-Residence, konsep kediaman mewah yang dibangunkan di Bukit Jalil, di sini. Projek yang disasarkan untuk pembeli muda itu, telah berjaya menjual 568 buah kondominium daripada 1,136 unit terdiri daripada empat blok dalam tempoh satu bulan sejak ia ditawarkan pada Jun lalu. Pengasas dan Pengarah Urusannya, Dato’ Neoh Soo Keat berkata. 30peratus pembeli yang membeli dua blok pertama adalah pembeli yang pernah memiliki projek kediaman The Zest@Kinrara 9 Service Apartments. Berikutan jualan yang memberangsangkan, syarikat telah membuka jualan untuk Blok C pula. The Z Residences dibina dengan gabungan moden dan mewah kontemporari dengan konsep kehidupan sihat di bandar.

Semua 1,136 unit dibina dengan tingkap gilap berkembar berukuran 10 kaki, salah satu ciri mesra alam yang akan memantulkan haba dan menyediakan tebatan bunyi. Setiap unit kediaman juga ditawarkan dengan sistem pembuangan sisa integrasi. Menurut Soo Keat, para pembeli juga boleh memilih lima rekaan daripada unit terkecil dengan dua bilik tidur berkeluasan 1,032 kaki persegi atau unit terbesar yang menawarkan tiga bilik tidur dan berkeluasan 1,407 kaki persegi. The Z Residence dijual pada harga antara RM450,000 hingga RM650,000 sebuah. Sebagai sebuah kediaman mewah, The Z Residence turut menawarkan kemudahan taman, kolam renang dan Jaminan keselamatan tiga peringkat. Kondominium itu dijangka siap sepenuhnya pada Jun 2014.

Share this