In the News

Kondominium Trinity Wellnessa 99% ditempah, dijangka siap Jun 2025

DagangNews - Thursday, 04 April 2024
Trinity Group dan Oxley Holdings menyambut majlis “topping out” Trinity Wellnessa Trinity Group dan Oxley Holdings menyambut majlis “topping out” Trinity Wellnessa

KUALA LUMPUR 3 April – Menara kondominium 30 tingkat Trinity Wellnessa oleh Trinity Group Sdn Bhd yang berfokuskan kesejahteraan telah 99 peratus ditempah sejak pelancarannya. Dilancarkan semasa pandemik, projek Trinity Wellnessa mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM341 juta, terdiri daripada dua menara 30 tingkat dengan jumlah keseluruhan 463 unit rumah kediaman. Kedua-dua menara dijangka siap pada Jun 2025, empat bulan lebih awal daripada yang dirancang. Mengambil pendekatan canggih untuk memastikan ketenangan hidup, Trinity Wellnessa menyasarkan untuk menjadi kondominium pertama di Malaysia yang menggabungkan “Triple Protection System” yang terkenal yang merangkumi teknologi tanpa sentuh, reka bentuk berorientasikan kesejahteraan dan kemudahan-kemudahan bersentrik kesejahteraan. Antara kemudahan uniknya ialah Taman Yoga, Halo Pavilion & Pawagam Terapung yang inovatif, Kolam Renam, dan Ruang Rehat bersedia dengan Kopi. Setiap ruang direka bentuk dengan persekitaran yang tenang untuk memenuhi keperluan mereka yang mencari ruang untuk memupuk kesihatan fizikal dan mental.

Kondominium serba canggih ini terletak secara strategik di kawasan seluas 3.9 ekar di Beverly Heights Ampang Utara, menyajikan pemandangan indah Klang Gates Quartz Ridge dan menawarkan persekitaran yang aman dan ditambahkan dengan kemudahan jarak perjalanan yang pendek ke pusat bandar raya. Pengarah Urusan Trinity Group, Dato’ Neoh Soo Keat berkata, pihaknya mencapai kejayaan monumental dengan majlis “topping out” atau penyiapan lapisan bumbung teratas Trinity Wellnessa. Kemuncak kejayaan ini menunjukkan kegigihan ke arah kecemerlangan dalam pembangunan hartanah dan komitmen untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna moden masa kini.

Sehingga kini, Trinity Group telah berjaya menyiapkan beberapa projek dengan  jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan sebanyak RM2.5 bilion, sambil kekal misinya, iaitu “Membina Komuniti dan Memperkayakan Kehidupan”. 

“Perjalanan kami di Trinity Group didorong oleh visi yang jelas: mendefinisikan semula kehidupan bandar secara inovatif.

"Maka daripada luaran, visi kami bagi Trinity Wellnessa adalah untuk mewujudkan persekitaran hidup holistik yang berperanan sebagai bandar yang melindungi kesejahteraan semua. Menerusi perancangan teliti dan perkongsian strategik, kami akan menetapkan penanda aras baharu dalam pembangunan bersepadu bersentrikkan kesejahteraan,” kata beliau.

Menurutnya, Trinity telah lama memerhatikan perubahan di dalam tingkah laku pembeli pasca-pandemik, terutamanya permintaan tinggi untuk pembangunan bersentrikkan kesejahteraan.

"Pembeli hari ini memiliki kesedaran untuk menjaga diri mereka dan orang tersayang. Trinity Group bersedia untuk memenuhi keperluan ini, dan dengan sukakcitanya mengumumkan bahawa kami bakal melancarkan fasa seterusnya kediaman bersentrikkan kesejahteraan pada suku keempat 2024, bersebelahan dengan Trinity Wellnessa,” kata beliau.

 

 

 

Source: https://www.dagangnews.com/article/kondominium-trinity-wellnessa-99-ditempah-dijangka-siap-jun-2025-36366

Share this