Utusan Malaysia – Tuesday, 12 May 2026

Trinity Group Sdn Bhd (Trinity Group) hari ini meraikan satu pencapaian penting dalam pembinaan Trinity Rainfora menerusi majlis penyempurnaan struktur utama atau ‘topping-out’.
Trinity Rainfora merupakan pembangunan berorientasikan transit (TOD) dan berinspirasikanhutan hujan yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong.
Fasa Satu pembangunan ini telah mencapai jualan penuh dan kini projek kediaman bertingkat tinggi tersebut memasuki fasa akhir pembinaan, sekali gus mencerminkan keyakinan kukuh pembeli terhadap visi Trinity Group dalam menawarkan gaya hidup bandar yang berteraskan kesejahteraan.
Terletak di dalam perbandaran matang Bandar Kinrara, Trinity Rainfora dibangunkan khusus untuk mereka yang menginginkan keseimbangan antara kemudahan kehidupan bandar dan kehidupan berkualiti.
Penduduk kediaman ini bakal menikmati akses mudah ke pelbagai destinasi riadah seperti Kinrara Golf Club dan Taman Rekreasi Bukit Jalil, selain terletak hanya beberapa minit dari Pavilion Bukit Jalil dan Stadium Nasional Bukit Jalil, menjadikan aktiviti santai harian serta rekreasi hujung minggu dapat dinikmati dengan mudah.

Pembangunan ini turut menerima sambutan pasaran yang amat menggalakkan apabila Blok A (Fasa Satu) yang dilancarkan pada September 2024, telah habis dijual lebih awal daripada sasaran. Kini, Blok B (Fasa Dua) telah dibuka untuk pembelian dengan harga bermula dari RM568,000.
Trinity Rainfora merupakan pembangunan pegangan bebas dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM395 juta, dibangunkan di atas tanah seluas 2.4 ekar di Bandar Kinrara.
Pembangunan ini terdiri daripada dua menara kediaman setinggi 31 tingkat yang menempatkan 535 unit, dengan keluasan binaan antara 739 hingga 1,184 kaki persegi dan harga bermula dari RM530,000.
Selain itu, Trinity Rainfora turut menawarkan sembilan unit komersial dengan keluasan binaan antara 3,859 hingga 15,905 kaki persegi, bermula dari RM3.5 juta. Kedua-dua menara dijangka siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun 2027.
Dibangunkan sebagai TOD berinspirasikan hutan hujan terunggul di Lembah Klang, Trinity Rainfora menawarkan 36 kemudahan holistik di aras podium termasuk kolam infiniti sepanjang 25 meter, kanopi hutan hujan, jakuzi dengan aliran air terjun, gimnasium akuatik, trek joging sepanjang 150 meter, kawasan glamping berkonsepkan hutan, dek yoga, kebun tanaman makanan, ruang kerja bersama dan pelbagai kemudahan lain.
Berkedudukan strategik di Bandar Kinrara yang pesat membangun, Trinity Rainfora menawarkan jaringan perhubungan yang baik menerusi laluan berbumbung sejauh 400 meter ke Stesen LRT Kinrara BK5, selain akses mudah ke lebuh raya utama seperti Lebuhraya Bukit Jalil, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

Kediaman ini juga terletak hanya beberapa minit dari Pavilion Bukit Jalil, KPJ Specialist & Healthcare Centre Kinrara, Kinrara Golf Club serta pelbagai sekolah dan universiti terkemuka.
Pengarah Urusan Trinity Group, Datuk Neoh Soo Keat, berkata, “Trinity Group sentiasa berpegang pada prinsip yang jelas untuk membina kediaman yang memperkayakan kehidupan pemiliknya.
“Dengan Trinity Rainfora, kami berhasrat mewujudkan persekitaran kehidupan yang menggabungkan alam semula jadi, kesejahteraan dan keterhubungan bandar secara harmoni, dalam usaha mencipta suasana kehidupan yang mendamaikan buat pemilik rumah moden.”
Beliau menambah, “Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia semakin menitikberatkan kesihatan, persekitaran hidup serta kualiti ruang kediaman dalam kehidupan harian.
“Trinity Rainfora dibangunkan sebagai respons langsung terhadap permintaan tersebut, dan sehingga kini sambutan pasaran telah membuktikan bahawa kami berada di landasan yang tepat.
“Seiring dengan kemajuan projek ke arah fasa penyiapan penuh, kami kekal komited dalam menunaikan janji untuk memberikan pembangunan yang menjadi kebanggaan pembeli dan komuniti Bandar Kinrara secara keseluruhan,” katanya.
Trinity Rainfora merupakan tambahan terkini dalam portfolio Trinity Group yang semakin berkembang. Sehingga kini, pembangunan ini telah merekodkan jumlah nilai pembangunan kasar (GDV) melebihi RM2.8 bilion.
Trinity Group mengungguli pasaran sebagai pemaju hartanah pertama di Malaysia yang memperkenalkan Program Jaminan Emas 10 Tahun.
Program ini menawarkan jaminan lanjutan yang jauh melebihi piawaian industri, termasuk Tempoh Liabiliti Kecacatan selama 36 bulan, jaminan lima tahun terhadap masalah jubin tertanggal, serta jaminan kebocoran bumbung selama 10 tahun.
Ia mencerminkan komitmen teguh Trinity terhadap kualiti pembinaan dan lebih penting lagi, terhadap usaha memberikan keyakinan jangka panjang serta ketenangan fikiran kepada pemilik kediaman.