Reformasi berani dalam sektor hartanah

KOSMO – Monday, 3 October 2025

PETALING JAYA – Sektor hartanah di negara kini berdepan cabaran mendesak dan memerlukan perhatian yang segera dan tegas ekoran pelbagai isu berkaitan kos pembinaan yang meningkat, halangan peraturan dan kekurangan tenaga kerja.

Faktor tersebut telah memberi tekanan besar kepada pemaju dan pembeli rumah, sekali gus mengancam daya tahan dan kemampuan pasaran perumahan.

Sehubungan itu, Trinity Group berharap Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan pada 10 Oktober ini perlu melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan reformasi berani dan bersasar bagi menangani cabaran struktur yang menghalang kemajuan pasaran hartanah.

Ini adalah keutamaan penting untuk memastikan rakyat daripada pelbagai latar belakang dapat memiliki rumah berkualiti.

Pengasas dan Pengarah Urusan Trinity Group, Datuk Neoh Soo Keat berkata, antara langkah segera yang boleh diambil adalah memperkenalkan semula Kempen Pemilikan Rumah dengan pengecualian 100 peratus duti setem ke atas memorandum pemindahan dan perjanjian pinjaman bagi hartanah bernilai Page 1 of 2 sehingga RM1 juta serta digabungkan dengan pembiayaan 100 peratus untuk pembeli rumah pertama.

Menurutnya, langkah tersebut akan memberi kuasa kepada lebih ramai rakyat merealisasikan impian memiliki rumah.

Kerajaan juga perlu menyemak semula pengiraan nisbah khidmat hutang daripada pendapatan bersih’ kepada ‘kasar’ dan meng- hapuskan had 70 peratus nisbah pinjaman kepada nilai bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya akan memberikan fleksibiliti kewangan yang lebih besar.

“Selain itu, bank pula dibenar- kan mengambil kira pendapatan tidak formal pelanggan semasa menilai permohonan pinjaman.

“Ramai rakyat kini memperoleh pendapatan melalui saluran tidak formal, namun begitu pendapatan tersebut tidak diambil kira, sekali gus ia akan mengurangkan kelayakan mereka untuk pinjaman perumahan.

“Dengan mengiktiraf pendapatan ini, institusi kewangan boleh meluaskan akses kepada kredit dan membolehkan lebih ramai rakyat memasuki pasaran hartanah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.