In the News

Kedua-dua syarikat berbeza - SSM

Utusan Malaysia - Friday, 13 July 2012

Kelulusan pendaftaran bagi penggunaan nama Trinity bagi Trinity Group Sdn. Bhd. (Trinity Group), dan Trinity Corporation Bhd. (Trinity Corp), adalah dibenarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Peruntukan Akta Syarikat 1965.

Ketua Perhubungan Awam SSM, Mohamad Shahren Mohamad Yusri berkata, kebenaran itu diberikan kerana kedua-duanya adalah syarikat yang berbeza dan mempunyai nombor pendaftaran berlainan.

"Terdapat perbezaan jelas apabila nama kedua-dua syarikat ini disebut secara penuh.

"Syarikat-syarikat itu dibezakan dengan penambahan perkataan corporation dan group selepas Trinity," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Justeru, tambah beliau, orang ramai perlu melihat nama sesebuah syarikat itu secara keseluruhan untuk mengelakkan berlaku kekeliruan.

Share this