In the News

Trinity Group Lancar Hartanah Mampu Milik

Berita Harian - Thursday, 10 November 2011

Trinity Group Sdn Bhd, pemaju hartanah Residence yang menampilkan unit kondominium mampu milik kemudahan mewah, akan melancarkan beberapa projek hartanah baru disekitar Lembah Klang bermula tahun depan membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1.31 bilion.

Pengarah Urusannya, Datuk Neoh Soo Keat, berkata berdasarkan perancangan awal, empat projek baru masIng-masing di Bandar Putra Permai. USJ 19, Melawati dan Ampang akan dibangunkan dengan projek bercampur iaitu kediaman dan komersial.

 "Dua projek baru yang dijangka dimulakan pembinaannya tahun depan ialah di Bandar Putra Permai dan USJ 19 yang mana masing-masing akan mempunyai GDV RM230juta RM200juta.

"Bagi projek yang dijangka dilancarkan pada 2013 iaitu di Melawati dan Ampang pula, ia membabitkan GDV sebanyak RM180juta dan RM700juta." katanya pada temu bual dengan Berita Harian, baru-baru ini.

Antara projek Trinity Group yang sedang dalam pembinaan di USJ 19 ialah Latitude membabitkan pembinaan 15 kiIang dengan GDV mencecah RM165 juta yang dijangka siap tahun depan. Projek The Zest di Kinrara 9 membabitkan 720 unit apartmen dan 44 unit kedai dan pejabat yang sudah siap sepenuhnya pula dijangka mampu meraih GDV RM250 juta.

Mengenai projek Z Residence, Neoh berkata, “Kondominium berstatus pegangan bebas yang dipecahkan kepada empat blok dengan ketinggian 26 dan 27 tingkat dan dibina mulai Jun lalu itu mencatatkan jualan memberangsangkan apabila dua blok sudah dijual.

Katanya, projek kondominium kos sederhana dengan kemudahan mewah pertama di Bukit Jalil membabitkan 1,136 unit yang dljangka siap pada 2014 ltu mempunyai GDV RM500 juta.

“Blok ketiga juga hampir habis dijual, manakala blok terakhir baru saja dilancarkan untuk tempahan beberapa minggu lalu." katanya.

Trinity Group juga, katanya, membelanjakan RM2 juta bagi menyediakan mesin pelupusan sisa buangan bernilai lebih RM1,000 seunit tidak termasuk tiga unit penghawa dingin yang diberikan secara percuma untuk setiap unit kondominium.

"Setiap unit projek Z Residence berkeluasan 1,200 hingga 1,400 kaki persegi dijual pada harga bermula RM480,600 hingga RM600.000 seunit," katanya.

Mengenai projek kerajaan menerusi Program Transformasi Ekonomi (ETP), beliau berkata, projek untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti Transit Aliran Massa (MRT) memberi kelebihan kepada pemaju selain meningkatkan harga hartanah.

"Menerusi pembangunan MRT, ia membuka peluang kepada pemaju untuk membangunkan projek hartanah di sekitar kawasan itu sekali gus mencipta peluang pasaran lebih besar dengan permintaan yang tinggi," katanya.

Share this