In the News

Hentian Bas Pertama Berhawa Dingin

Berita Harian - Friday, 18 November 2011

Trinity Group Sdn Bhd (TGSB) berjaya menyediakan perhentian bas pertama berhawa dingin di Malaysia, sekali gus mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records (MBR) di sini, semalam.

Pengarah Urusannya, Dato’ Neoh Soo Keat, berkata Trinity Group berharap perhentian bas berhawa dingin itu dapat memberi keselesaan kepada pengguna ketika mengguna.

Perhentian bas yang dirasmikan semalam itu beroperasi Mac tahun depan, mempunyai ketinggian lapan kaki dan 24 kaki lebar berharga RM83,000, boleh memuatkan 40 pengguna dalam satu masa dan dilengkapi sistem kamera litar tertutup (CCTV).

Majlis penyampaian anugerah MBR di sini dilakukan Pengarah Urusan MBR, Datuk Danny Ooi.

Share this