In the News

Trinity Group diiktiraf

Berita Harian - Saturday, 08 June 2013

SYARIKAT jati Malaysia, Trinity Group Sdn Bhd diiktiraf sebagai antara syarikat pemaju terbaik di Asia apabila nenerima anugerah Kepuiian Tertinggi, Pembangunan Perindustrian, Malaysia bagi projek pembangunan Latitude@USJ19 di majlis Anugerah Hartanah Asia Pasifik, baru-baru ini.

Dalam majlis diadakan di Kuala Lumpur itu, lebih 429 anugerah diberi kepada 260 syarikat yang terdiri daripada golongan pemaju, arkitek, perela dalaman dan ejen hartanah terbaik dan 23 negara di rantau ini.

Pengarah Urusan Trinity Group, Dato’ Neoh Soo Keat berkata, anugerah itu adalah satu penghormatan bagi syarikat itu yang bersaing dengan pemaju berkaliber lain bukan hanya di Malaysia malah di rantau ini

"Anugerah ini mendorong kami terus berusaha beri terbaik buat pertumbuhan syarikat dan ekonomi negara," katanya.

Share this