In the News

Tarik Bumiputera

Harian Metro - Saturday, 14 May 2011

Trinity Group Sdn Bhd (TGSB), syarikat projek pembangunan perumahan memperuntukkan 30 peratus hak pembelian rumah diberikan kepada Bumiputera dengan menyediakan diskaun lima hingga tujuh peratus jika membuat pembelian cepat bagi projek kondominium terbarunya, Z Residence

yang akan dibina di kawasan Bukit Jalil, pertengahan Jun nanti.

Pengarah Urusannya, Dato’ Neoh Soo Keat berkata, projek perumahan di atas tapak seluas 2.7 hektar itu akan menempatkan 1,136 unit rumah dan ia akan mula dijual kepada orang ramai Jun ini.

Katanya, sehingga kini pihaknya menerima 7,000 senarai menunggu daripada pelanggan yang berminat memiliki rumah dihasilkan melalui konsep lehijauan dan alam sekitar' itu.

Menurutnya, antara keistimewaan kondominium terbaru itu adalah berstatus hak milik bebas, 50 peratus kawasan berkonsepkan kehijauan, pembinaan taman terapung, kolam renang berkualiti tinggi, gimnasium, penjimatan tenaga elektrik, kawasan rekreasi, berdekatan masjid dan lain-lain.

"Kami (TGSB) melalui perancangan mewujudkan empat blok dengan setiap blok mewakili 280 unit rumah setinggi 26 tingkat dengan setiap rumah memiliki dua atau tiga bilik. Mesej jelas kami adalah peruntukan sebanyak 30 peratus daripada penghasilan unit rumah diberikan kepada Bumiputera.

"Harga yang ditawarkan berpatutan antara RM380,000 sehingga RM500,000 dengan keluasan 1,032 sehingga 1,407 kaki persegi," katanya.

Menurutnya, antara kelebihan projek kelimanya yang menelan kos sebanyak RM450 juta itu adalah ia berada di lokasi strategik berdekatan lebuh raya dan pusat bandar selain penyediaan infrastruktur penuh.

"Sasaran kami, rumah itu habis dijual dan lebih ramai Bumiputera hadir merebut peluang keemasan ini kerana kita menjangkakan harga rumah di Bukit Jalil akan meningkat dalam masa akan datang," katanya.

Soo Keat berkata, pihaknya berharap pembeli merebut peluang ini kerana dengan pemilikan rumah terbabit membuatkan Bumiputera memiliki aset di kawasan penempatan mewah.

"Selain itu, peruntukan sebanyak RM3 juta disediakan bagi membaik pulih keadaan jalan di sekitar kondominium serta penambahbaikan infrastruktur lain," katanya.

Source: e.g Source from theStar

Share this