In the News

TRINITY GROUP BAKAL LANCAR PROJEK TRINITY PENTAMONT

Kosmo - Thursday, 26 July 2018

KUALA LUMPUR - Trinity Group Sdn. Bhd. (Trinity Group) akan melancarkan projek kediaman mewah, Trinity Pentamont di Mont Kiara dekat sini pada Ogos 2018.

Pengarah Urusannya, Datuk Neoh Soo Keat berkata, kondominium yang melibatkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM437 juta itu disasarkan kepada keluarga moden yang menginginkan kediaman berkualiti dan fleksibel yang bersesuaian dengan perubahan keperluan mereka.

"Setiap unit direka dengan mengetengahkan ruang seluas 191 meter persegi ke atas dengan rekaan dalaman yang bertujuan untuk mewujudkan pengalaman kehidupan yang kebiasaannya hanya boleh dinikmati oleh mereka yang mendiami rumah emper," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu taklimat media berkenaan projek tersebut bersama Pengerusi Eksekutif Savills (Malaysia) Sdn. Bhd., Datuk Christopher Boyd di sini baru-baru ini.

Menurut Soo Keat, Trinity Pentamont terdiri daripada 330 unit kediaman yang dibina di atas tanah seluas 1.2 hektar.

"Dijangka siap menjelang tahun 2022, kediaman tersebut dipercayai menarik pembeli yang menginginkan sebuah kediaman yang luas dengan lokasi strategik.

"Selain itu, dengan penawaran harga RM600 setiap kaki persegi, kami percaya ia suatu pembelian yang memberikan nilai berbaloi.

"Ini memandangkan tidak banyak hartanah, terutamanya di Mont Kiara, yang menawarkan harga tersebut bagi keluasan ruang yang kami tawarkan," ujarnya.

Share this