In the News

Trinity Aquata rekod 95 peratus penjualan

Berita Harian - Saturday, 27 January 2018

Trinity Group Sdn Bhd (Trinity Group), satu daripada peneraju pemaju hartanah butik tempa-tan merekodkan 95 peratus penjualan membabitkan nilai RM355 juta bagi pembangunan terbarunya, Trinity Aquata. Pada masa sama, pembangunan mewah itu dijadual akan siap lebih awal dari jangkaan iaitu menjelang akhir tahun ini, berbanding jangkaan pertengahan 2019.

Pengarah Urusan Trinity Group, Datuk Neoh Soo Keat, berkata kadar penjualan yang begitu memberangsangkan itu menggambarkan keyakinan pembeli terhadap unit Trinity Aquata. "Sememangnya Trinity Aquata adalah satu daripada pelaburan strategik dengan lokasinya di Selatan, Greater KL. "Kami melihat pembeli kediaman kini lebih terbuka untuk menerokai kawasan yang pesat membangun kerana ia mampu menjanjikan banyak ruang untuk pertumbuhan modal, selaras dengan gaya hidup yang diingini," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Beliau berkata, satu daripada pemangkin ke arah pertumbuhan lebih optimis di lokasi berkenaan ialah Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara 2013, yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembangunan pengangkutan darat menjelang 2030. 

Kediaman eksklusif Trinity Aquata berada di lokasi strategik iaitu dalam kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur Selatan. Ia sememangnya mampu menjanjikan pertumbuhan lebih agresif dan peningkatan kawasan modal dalam tempoh 10 tahun akan datang. Projek Trinity Aquata merangkumi kawasan seluas 1.45 hektar yang menawarkan 492 unit kediaman eksklusif dalam dua blok kondominium setinggi 26 tingkat. Ia dilengkapi dengan kemudahan tema air unik seperti `vivarium', kolam infiniti dan `aqua-refieksologi. Trinity Aquata juga boleh diakses melalui Lebuh Raya Besraya, Lebuh Raya KL-Seremban, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) serta Lebuh Raya KL-Putrajaya dan Maju Expressway (MEX).

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Trinity Group, Ng Ching Yee, berkata Trinity Aquata direka mengikut keperluan serta kemahuan pelanggan. "Pembangunan berkenaan menawarkan gaya hidup terkini dan serba mewah yang diinspirasikan daripada `air' (konsep) untuk menampilkan persekitaran lebih nyaman," katanya.

Share this