In the News

Fasa Pertama Trinity Lemanja habis dijual

Sinar Harian - Monday, 02 October 2017

TRINITY Group Sdn Bhd (Trinity) telah berjaya menjual 100 peratus 294 unit rumah (fasa pertama) dalam tempoh kurang satu bulan selepas pelancaran fasa pertama projek pembangunan bebas pegangan, Trinity Lemanja di Kepong. Pelancaran fasa kedua dan akhir bagi pembangunan ini dijadualkan bermula pertengahan Oktober dengan harga bermula RM468,000 dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM320 juta di tanah bebas pegangan berkeluasan 2.8 ekar Jalan Metro Prima di Kepong.

Fasa kedua, Trinity Lemanja merangkumi 289 unit dengan saiz bermula 960 ke 1,173 kaki persegi yang mana mempunyai dua menara sebanyak 40 tingkat itu dijangka siap sepenuhnya pada 2021.

Pengasas dan Pengarah Urusannya, Datuk Neoh Soo Keat berkata, pihaknya menerima sambutan positif daripada pelanggan.

"Pencapaian ini akan mengesahkan janji kami untuk membangunkan projek yang memenuhi permintaan dan keperluan semasa pelanggan di Kepong dan kawasan sekitarnya dengan harga berpatutan. "Dengan status bebas pegangan itu juga sudah tentu akan menarik ramai pelabur untuk memilikinya," katanya.

Trinity Lemanja terletak di tengah-tengah bandar Kepong mempunyai tujuh sekolah berdekatan, enam pusat membeli-belah, pusat sukan, Tasik Metropolitan Kepong dan tiga pusat perubatan. Selain itu, ia juga mempunyai akses yang mudah kerana mempunyai enam lebuh raya seperti Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Sprint, Lebuh Raya Lingkaran Tengah Dua (MRR2) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke). Sebagai alternatif, Trinity Lemanja juga mempunyai kemudahan awam seperti Keretapi Tanah Melayu (KTM) dan Transit Aliran Massa (MRT).

Share this